Terdapat beratus-ratus jenis indicator yang terdapat dalam dunia forex ini. Indicator ini secara basicnya adalah suatu script atau program yang telah ditulis oleh programmer. Di sini saya akan membincangkan beberapa “indicator” yang kerapkali atau biasa digunakan. Indicator biasanya menunjukkan keadaan pasaran yang “overbought/oversold”. Pasaran selalunya akan berpatah balik apabila indicator menunjukkan OB atau OS. Akan tetapi, keadaan seperti itu tidak selalu berlaku.
Berikut adalah 4 Jenis Indicator yang biasa digunakan :-
Berikut adalah 4 Jenis Indicator yang biasa digunakan :-
-
- Moving Average(MA)
- Moving Average Convergence Divergence(MACD)
- Bolinger Band(BB)
- Relative Strength Index(RSI)
- Moving Average(MA)
MA merupakan salah satu indicator yang paling popular. Terdapat beberapa jenis moving average. Simple Moving Average(SMA atau MA saja), Exponential Moving
Average(EMA), Weighted Moving Average(WMA). MA merupakan kiraan purata harga tutup pasaran untuk sesuatu masa yang telah disetkan. MA merupakan garisan yang akan bergerak ke atas atau kebawah, mengikut arah pasaran. Contoh:
Untuk mengira MA untuk 10hari (10MA) adalah seperti berikut
Kita akan campur harga tutup pasaran untuk 10 hari dan bahagikan kepada 10 hari.
Di bawah ini adalah contoh 100MA dan 50MA. Semua kiraan akan dibuat oleh program charting.
Salah satu fungsi utama MA adalah untuk mengenal yang sesuatu trend sedang berlaku.MA adalah jenis indicator yang “lagging”. Maksudnya ia bergerak mengikut harga. Jadi MA ini tidak meramalkan apa-apa, Cuma ia “sahkan” yang sesuatu trend (uptrend atau downtrend) sedang berlaku.
Seperti di contoh atas, dalam sesuatu uptrend, Ma akan berada di bawah harga pasaran dan ia akan mencondong keatas, dan juga sebaliknya dalam downtrend.
Sebagai contoh, kebanyakan trader akan mempertimbangkan untuk simpan position long mereke lebih lama apabila harga pasaran berada diatas sesuatu moving average.
“Momentem” atau kekuatan trend boleh diubah dengan mengunakan MA yang lebih kecil, misalnya kurang dari 20 hari. Lebih kecil kiraan purata lebih kuat momentum dia. Selalunya MA yang kurang 20 hari boleh diklasifikasikan dalam short-term, 20-100 pula medium term dan 100 keatas long term trend. Traders selalunya mengunakan lebih daripada 1 MA untuk melihat pergerakkan market secara keseluruhan, dari segi short, mid danlong term MA boleh juga digunakan untuk mengetahui “level” yang boleh dianggap sebagai support dan resistance.
Contoh MA digunakan sebagai resistance.
Satu lagi fungsi MA adalah untuk setkan SL kita. Ciri Ma yang boleh menjadi support atau resistance adalah “tool” yang boleh kita gunakan untuk meminimakan risiko kita dalam sesuatu trade kita.
Dalam contoh ini, kita menganggap MA200 sebagai support, dan mempunyai position long yang telah lama buka, apa yang boleh dibuat ialah SL kita boleh kita setkan dibawah line support ini.
Salah satu keburukan MA ialah ia tidak berguna apabila pasaran sedang ber”consolidate” atau flat. Contoh dibawah menunjukkan keburukan MA apabila market tidak trending atau tidak berada dalam apa-apa trend, uptrend mahupun downtrend.
Berhati-hati dengan “lag” MA. Oleh kerana semua MA adalah lagging, signal yang
diberikan oleh MA selalunya lambat, apabila market telah pun membuat pergerakkanya. Keadaan seperti ini akan selalu berlaku.
Cara basic untuk memanfaatkan MA untuk trading ialah “crossover”. Iaitu apabila pasaran bergerak dari atas MA kebawahnya, ataupun bergerak dari bawah keatas.
Satu lagi kaedah “crossover” ialah dengan menggunakan lebih daripada 1 MA.
“Crossover” jenis ini berlaku bila MA “shortterm” bersilang dengan MA “longterm”.
Cara ini gunakan untuk mengenal pasti “momentum” atau kekuatan sesuatu pergerakan pasaran. Signal untuk long dihasilkan apabila MA shortterm bersilang ke atas MA long term dan signal untuk short terhasil apabila MA shortterm bersilang kebawah Ma longterm. Contoh dibawah menunjukan signal untuk long terhasil.
“Triple crossover” merupakan cara yang mengunakan 3 jenis MA. Sebagai contoh MA5, MA10 dan MA20. Dengan menambahkan MA, signal-signal yang palsu boleh dikurangkan.
Contoh signal buy.Apabila MA5 bersilang dengan MA10, dan naik ke arah atas, ini menunjukkan signal buy telah terhasil. Akan tetapi, trader boleh tunggu sehingga MA10 bersilang dengan MA20 dan naik ke atas. MA10 yang bersilang dengan MA20 boleh digunakan untuk meng”confirm”kan buy signal yang dihasilkan oleh MA5 dan MA10.
- Moving Average Convergence Divergence(MACD) MACD juga merupakan salah sejenis indicator yang paling paling kerap digunakan.
MACD biasanya dikira dengan menolak jumlah 12-EMA daripada 26-EMA. Bila MACD mempunyai nilai yang “positive”, dan MA shortterm berada diatas MA longterm, ini menunjukkan pergerakan ke arah atas, dan sebaliknya untuk MACD menghasilkan nilai bacaan yang “negative”. Kebanyakan traders jugak memerhati “garisan 0/neurtal”, kaedah ini adalah sama dengan “MA crossover”. Dimana, cross keatas memberikan signal untuk buy, dan cross kebawah memberikan signal untuk sell.
Contoh ini menunjukkan kegunakan MACD yang amat basic. “cross” jenis ini jugalah sama dengan “cross” yang boleh didapati dengan menggunakan MA.
Oleh kerana MACD ialah indicator yang lagging, ia sepatutnya mengikut pergerakan parasan. Seperti di contoh atas(graf 1H), kita boleh melihat yang MACD telah menghasilkan “divergence”. Divergence akan berlaku apabila MACD tidak mengikut harga pasaran.
Pada contoh di atas, kita boleh melihat yang pasaran teleh membuat harga “low” yang baru (1), dan bulatan(1) dimacd juga merekod “low” yang baru. Ini berlaku sekali lagi(2), market telah membuat “low” yang baru, atau pasaran telah bergerak keharga yang lebih rendah dari low(1), tetapi MACD tidak menunjukkan bacaan yang lebih rendah dari bacaannya yang terakhir. Dan ini berlaku lagi(3).
Apabila keadaan ini berlaku, traders-traders tahu yang MACD telah menghasilkan
“divergence”. Dalam keadaan ini, traders tahu yang harga pasaran bakal bertukar arah ke atas.
- Bolinger Band(BB) Indicator teknikal BB hampir sama dengan MA. Kelainannya ialah “cara” bands atau garisan support dan resistance dilukis. Garisan bands ini akan berada diatas dan dibawah pasaran. BB memerlukan 2 jenis input/data untuk dihasilkan, iaitu Average(purata) dan“standard deviation”(jarak garisan supp/res dari harga pasaran) macam MA, ia memerlukan hanya 1 iaitu no. purata hari.Secara amnya, pergerakan harga pasaran yang berada dekat dengan upperband boleh dikatakan “overbought” dan bila berada hampir dengan lowerband boleh dikatan sebagai “oversold”.
Jarak upperband dan lowerband yang semakin berhampiran selalunya dianggap oleh traders sebagai tanda-tanda awal yang pasaran mungkin breakout dengan kuat ke satu arah. - Relative Strength Index(RSI) RSI secara basic ialah indicator yang memberitahu kita momentum atau kekuatan sesuatu pergerakan/trend market. Dibawah ialah formula untuk mengira RSI.
Seperti indicator indicator
lain, semua kiraan akan dibuat oleh program graf secara automatic. RS = purata bilangan hari yang “close” dengan keuntungan / purata bilangan hari yang “close” dengan kerugian.
RSI mempunyai bacaannya, iaitu 0 – 100. Sesuatu trend selalu dianggap “overbought” oleh traders apabila bacaan di RSI menunjukkan 70 keatas, dan “oversold” apabila RSI menunjukkan 30 kebawah.
Oleh kerana RSI jenis indicator yang lagging, ia juga mempunyai kelemahannya
tersendiri. Pergerakkan pasaran yang mengejut dan kuat boleh memberi kesan yang kuat kepada RSI dan ia mungkin memberi “false” signal.
3 comments:
Punya forex master indicator v2.2 gak gan?
yg punya semuanya pelit gak mau bagi
send me gan fajar05@yahoo.com
Ijin download ya gan ..
Ada yang pernah pake broker www.octafx.com belum ?
saya mau nyoba akun welcome bonus sebesar $8 nih
pernah ada yang dapaet profit ?
๐ฉ๐ฃ๐ฆ
Perusahaan Fort Financial Services menyediakan penggunaan virtual private server (VPS, Virtual Private Server) pada pelanggannya yang menggunakan sistem perdagangan mekanis (Advisors) untuk berdagang.
Layanan ini memungkinkan robot perdagangan bekerja lebih efisien karena koneksi internet broadband berkualitas tinggi, dan memungkinkan pedagang membuat penyesuaian tepat waktu pada kerja advisornya sesuai dengan kondisi pasar yang volatil.
Layanan ini memberi pelanggan kami sejumlah keuntungan:
Pengoperasian advisor yang tidak terganggu
Pengoperasian advisor yang stabil
Perdagangan 24 Jam dengan advisor
Akses cepat ke akun perdagangan
Kesempatan berdagang simultan dengan dua terminal
Aktifkan VPS Anda sekarang dengan memilih tab Personal Account di server khusus virtual. Harap diperhatikan bahwa kami menyediakan VPS gratis
Post a Comment